The cross-cultural facilitator for Asia & Oceania

Vinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo Slider
> > Kaedah kami

Objektif

Memastikan anda dapat terus bergiat efektif sebaik ketibaan anda di negara baru

PrepAsia memudahkan dan mempercepatkan adaptasi professional anda dalam konteks projek peribadi agar anda merasa selesa dari saat anda menjejakkan kaki di negara baru.

Memperkuatkan perkaitan profil profesional anda dengan sesebuah negara

Setiap ahli PrepAsia akan mendapat pendekatan yang menawarkan kompromi terbaik antara profil dan projek peribadi, misi dan tujuan syarikat anda serta kekangan yang biasa dihadapi oleh para ekspatriat di negara yang berbeza.

memupuk potensi pasangan dan anak-anak anda

Kejayaan seseorang ekspatriat sering bergantung pada ketersediaan dan sokongan dari pasangannya. Jadi ianya penting bagi mereka untuk turut terlibat dalam kursus ini sekerap mungkin. Sesetengah modul telah direka khas untuk golongan kanak-kanak dan remaja bagi memupuk motivasi dan integrasi mereka.

Pendekatan secara Antarabudaya

Budaya kerja adalah berbeza di Lyon, Shanghai mahupun Manila. Ianya juga berbeza dengan budaya di kilang mahupun budaya di pejabat. Bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran yang lahir dari perbezaan budaya, pendekatan secara antarabudaya jelas tidak dapat dinafikan kepentingannya. Dengan mengkaji apa yang dapat menyatukan dan juga apa yang dapat memisahkan bakal rakan kongsi, keserasian dalam nilai murni dan sistem perilaku dapat dioptimumkan. Budaya setempat, budaya korporat dan juga personaliti peribadi adalah sesuatu yang kompleks dan senantiasa berubah. Akibatnya, terdapat banyak pendapat mengenai apa yang betul dan apa yang salah. Pendekatan secara antarabudaya memupuk hubungan antarabudaya bukan dengan menegakkan suatu pihak, tetapi ianya lebih kepada menjinakkan apa yang dianggap eksotik atau teramat berbeza melalui pengenalan mengenai hubungan relatif pelbagai budaya.

 

teleobjectif01

 

Kaedah pengajaran yang diubahsuai mengikut kesesuaian

Kaedah pengajaran yang dijalankan adalah PrepAsia sentiasa akan mempertimbangkan profil setiap individu dan setiap halangan tertentu dalam pelbagai situasi supaya kami dapat memenuhi keperluan setiap peserta.Daripada menyampaikan jawapan siap-pakai atau “resipi kejayaan” yang tipikal, kami percaya bahawa hanya dengan menngajukan soalan yang tepat barulah cadangan yang sesuai dapat diberikan. PrepAsia mengelak dari memberikan wacana pseudosaintifik atau keilmuan sia-sia yang dapat menyulitkan pemahaman peserta. Kami percaya apa yang difahami dengan jelas dapat diekspresikan atau dinyatakan dengan jelas.

Kepakaran dalam kawasan georafi yang terlibat

Asia adalah sebuah benua yang jauh berbeza dari Eropah: ianya kaya dengan tradisi, nilai-nilai yang khusus dan kuat, mempunyai persepsi tentang hubungan manusia dan cara hidup yang tidak seperti yang lazim di Barat. Mempelajari cara mereka yang berbeza dalam komunikasi, perundingan dan cara kerja Asia jelas memerlukan kepakaran kami di PrepAsia. Menetap dan bekerja di Asia dapat mengajar relativiti, kerendahan hati, hormat menghormati dan menawarkan cara hidup yang lebih positif dalam menjadi warga Eropah yang lebih dinamik.

Asia from the sky

earth01b

Watch Asia's main cities & places of interest from above!